WORLD #QURANHOUR 20 RAMADAN 1441H/ 13 MEI 2020

Info Galeri

World #QuranHour 2020 dilaksanakan dalam keadaan yang berbeza daripada tahun-tahun sebelum ini. Jika sejak 2016 World #QuranHour disertai ramai peserta dan tetamu di masjid-masjid, tetapi pada tahun 2020 secara kumpulan kecil-kecilan di kediaman atau pejabat masing-masing.

Walaupun wujud ancaman penularan wabak COVID-19 selain kekekangan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun bagi umat Islam, ia bukan penghalang dalam mendekatkan diri dengan al-Quran pada bulan Ramadan lalu.

World #QuranHour edisi kelima berlangsung serentak seluruh dunia pada 20 Ramadan, dengan membawa misi Surah Ar-Rahman (55:1-78) sebagai solusi mengembalikan keharmonian global atau “Reboot Global Harmony”.

Program sejam World #QuranHour yang diadakan pada bulan Ramadan setiap tahun adalah program kemuncak Berinteraksi dengan Al-Quran secara sejagat melalui pendekatan Baca, Faham dan Amal yang sangat ditunggu-tunggu untuk disertai oleh umat Islam.

Edisi kelima World #QuranHour yang disiarkan secara langsung dari Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah hari ini disifatkan sebagai berimpak tinggi meskipun tidak dianjurkan secara besar-besaran seperti tahun-tahun sebelumnya.

Ini kerana program penghayatan al-Quran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas itu disiarkan secara meluas di platform televisyen dan digital TV AlHijrah selain turut disiarkan stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV dan Astro Oasis.

Ia turut disiarkan British Muslim TV dan dianjurkan secara serentak bermula jam 12 tengah hari tadi waktu Malaysia selama sejam di 13 negara, termasuk di Indonesia, Brunei, Filipina, United Kingdom, China, India, Australia dan Turki.

#QuranHour Galeri

Galeri-Galeri lain

Senarai Galeri World #QuranHour

Terima Kasih

Mesej Anda telah berjaya di hantar

  1. WUIF memberikan ruang penyertaan kepada Sahabah AlQuran (SAQ) bersama menghadiri aktiviti-aktiviti di bawah anjuran WUIF.
  2. Kebenaran menyertai aktiviti WUIF adalah tertakluk kepada syarat bahawa SAQ tidak membawa agenda dan unsur-unsur yang menyentuh sensitviti masyarakat.
  3. WUIF tidak memberi jaminan bahawa sebarang penyertaaan SAQ bersamanya dalam apa-apa aktiviti akan mendapat sebarang liputan secara peribadi sama ada kepada individu mahupun kumpulan tertentu.
  4. WUIF akan berusaha memberi sokongan berupa bentuk placard, bookmark sama ada melalui softcopy ataupun bahan bercetak    sekiranya sesuai dan stok bahan-bahan publisiti tersedia semasa program-program yang dijalankan oleh pihak SAQ.
  5. WUIF mempunyai hak untuk berkongsi gambar-gambar SAQ yang menyertai aktiviti atau program bersama WUIF di mana-mana saluran media yang bersesuaian, yang WUIF mempunyai akses terhadapnya.
  6. Penyertaan wakil pihak WUIF dalam sebarang aktiviti SAQ (sekiranya berkaitan) adalah tertakluk kepada kesesuaian masa dan kelapangan wakil-wakil tersebut.
  7. Pihak WUIF mempunyai budibicara untuk berkongsi dengan mana-mana saluran media yang bersesuaian bahan-bahan serta perkongsian oleh SAQ di mana-mana saluran media.
  8. SAQ bersetuju akan menjalankan jalinan kerjasama dengan WUIF dengan membawa prinsip, visi dan misi yang berteraskan panduan al-Quran dan As-Sunnah.
  9. SAQ akan memberikan maklumbalas dan laporan kepada pihak WUIF      berdasarkan sebarang aktiviti dan/atau dapatan dari eksperimen sosial (jika berkaitan) yang dijalankan bertujuan membantumempertingkatkan kualiti penyampaian al-Quran kepada orang awam.
  10. SAQ akan sentiasa menjaga nama baik WUIF dalam setiap aktiviti yang dijalankan di samping berusaha mempamerkan nilai al-Quran di dalam setiap program dan/atau aktiviti yang dijalankan.
  11. SAQ bersedia menyelia dan bertanggungjawab terhadap setiap aktiviti yang dijalankan sama ada dengan atau tanpa kehadiran wakil daripada pihak WUIF.
  12. SAQ akan menjalankan aktivitinya tertakluk kepada kebenaran dan penambahbaikan yang akan dicadangkan oleh WUIF dari semasa ke semasa.
  13. SAQ tidak akan menggunakan bahan serta material yang dihasilkan oleh WUIF untuk sebarang tujuan komersil tanpa persetujuan dan/atau kelulusan pihak WUIF.
  14. SAQ hendaklah menghormati sebarang perjanjian dan/ atau persetujuan yang telah dijalinkan oleh WUIF dengan mana-mana pihak.
  15. SAQ bersedia untuk berbincang dan bekerjasama dengan WUIF pada bila-bila masa demi Misi MengQURANkan Bangsa MengIKHLASkan Ummah melalui berinteraksi dengan al-Quran Baca, Faham dan Amal.
  16. Selain daripada pautan sebagai rujukan dan panduan penganjuran program tahunan SAQ bersama WUIF, SAQ turut digalakkan untuk mendapatkan nasihat serta panduan sebelum menggunapakai nama-nama program yang dianjurkan oleh WUIF, supaya objektif perlaksanaan program oleh SAQ dapat dicapai secara optimum.
  17. Dalam keadaan di mana akad tersebut diingkari, pihak WUIF berhak meneruskan dengan tindakan-tindakan yang sewajarnya yang tidak terkecuali tindakan undang-undang bagi menghalang pengingkaran tersebut dari berterusan.