- 03-5101 3635
- [email protected]
- Isnin - Jumaat: 8:30am - 05:00pm
Seperti tahun-tahun sebelum ini, World #QuranHour tahun ini turut dilaksanakan di 42 lokasi di luar negara. Pelajar-pelajar, kakitangan kedutaan dan juga penduduk tempatan tidak melepaskan peluang mengadakan World #QuranHour mengikut kapasiti masing-masing.
Ada yang melaksanakan di rumah, di Malaysia Hall atau di pejabat kedutaan. Antara yang mengirimkan gambar-gambar mereka termasuk Kedutaan Malaysia dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di beberapa negara seperti Sarajevo, Kuwait, Arab Saudi, Itali, Australia, Beijing dan Thailand. Pelajar-pelajar Malaysia di beberapa uiniversiti di Jordan turut aktif menjayakan World #QuranHour.
Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah, sebagai lokasi utama World #QuranHour Brunei melaksanakan program ini dengan 400 penyertaan dari kalangan orang kenamaan dan masyarakat setempat.
World Quran Hour © 2021 All rights reserved