- 03-5101 3635
- [email protected]
- Isnin - Jumaat: 8:30am - 05:00pm
World #QuranHour pada 24 Ramadan 1442H bersamaan 6 Mei 2021 lalu berlangsung dalam norma baru. Tiada lagi tetamu yang berpusu-pusu ke lokasi utama.
Jika sebelum ini dilaksanakan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah UIAM, tahun ini buat pertama kalinya World #QuranHour berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, hanya sebilangan kecil tetamu dijemput ke lokasi utama. Walaupun World #QuranHour tahun ini berlangsung secara sederhana, namun masih mengikut SOP yang ditetapkan di 2,700 lokasi dalam negara.
Pelbagai agensi kerajaan, sekolah, pihak swasta, NGO dan keluarga yang melaksanakannya di pelbagai lokasi. Ada yang dilaksanakan di pejabat, perpustakaan, Rumah Ngaji, rumah dan tidak kurang juga secara atas talian.
Dipaparkan sebahagian kecil gambar yang sempat dihantar kepada kami.
World Quran Hour © 2021 All rights reserved